REGISTER SEKARANG!!

Monday, November 30, 2009

Jom Gelak Ramai2....


Uban

Pada suatu hari sedang emak Nurul Janah sedang memasak ,Nurul Janah ternampak ada uban di kepala emaknya lalu dia pun bertanya"emak kenapa rambut emak bewarna putih?"tanya Nurul Janah

Dengan rasa malas ibunya pun menjawab "Setiap kali anak emak membuat emak menangis , sehelai rambut emak akan bertukar menjadi putih"jawab emaknya

Kemudian Nurul Janah pun berfikir sejenak dan bertanya lagi "Habis kenapa rambut nenek semuanya bewarna putih? emak selalu membuat nenek menangis kah?"

Cermin Mata

dalam perjalanan ke daerah tutong , hisham dan isterinya, salma singgah di restoran Aneka Citarasa.selepas menyambung perjalanan baru salma sedar, dia tertinggal cermin mata di meja restoran.

"Bang... cermin mata saya tertinggal atas meja tempat kita makan tadi", beritahu Salma.

"Isssyyy awak ni, benda macam tu pun tak boleh ingat.mana ada tempat nak patah balik kat highway ni" kata Hisham.

"Ala, mahal tau cermin mata satu tu", kata Salma.

"Yalah, yalah, kita pusing balik lah ni", balas Hisham

Setiba kembali di perkarangan restoran Aneka Citarasa ,Salma segera membuka pintu kereta .

"Mah, jangan lupa ambilkan abang punya cermin mata sekali ya", Jerit hisham

Tidak akan di hukum

Murid : Cikgu, apakah orang boleh dihukum untuk sesuatu yang belum
dibuatnya ?
Guru : Oh, semestinya tidak. Orang hanya boleh dihukum untuk perbuatan
yang telah dilakukannya.
Murid: Syukurlah, Cikgu. Saya belum membuat latihan yang diberi oleh cikgu semalam.

I'm sorry

Seorang gadis yang Bahasa Ingerisnya kacau-bilau. .. suatu hari terlanggar seorang pelancong US ketika berjalan² di The mall.

Gadis : " I'm sorry "

Pelancong : " I'm sorry, too "

Si gadis kelihatan bingung kerana tidak faham apa yang diperkatakan oleh pelancong itu.. dia meneka2 dan terus menjawab..

Gadis : " I'm sorry. three "

Pelancong : " What are you sorry for? "

Gadis : " I'm sorry, five "

Nanti Sambung Gelak LAgi Ea..huhuhu..

Thursday, November 26, 2009

Salam Aidila Adha Too All Blogger Yang Beragama Islam


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Kisah Suami dan Istri

Ada sepasang suami isteri, baru je berkahwin, menjalani puasa first time as a couple. Hendak dijadikan cite, mereka ni pun bergaduh ntah pasal apa.

Si suami pun ngan merajuk nya bagi cold shoulder kat si isteri dgn tidak mahu bercakap dengan bininya. Jadi malam harinya ia pun menulis note untuk si isteri: "Sahur nanti bangunkan abang" dan di simpan dekat dengan tempat tidur isterinya.

Apabila si laki ni bangun, hari sudah pun siang dan dia mendapati ada sekeping nota dengan tulisan bini dia: "Bang, bangun bang, makan sahur." Kuang kuang kuang~


Wednesday, November 25, 2009

KISAH RUMPUT DAN ORANG YANG DISAYANGI.....


Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.



Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini:-

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?
Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.
Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.
Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.

Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Saturday, November 21, 2009

thanx mama..

salam...
juz want to say ''i'm really happy today''...thanx mama..
love u so much...

Tuesday, November 10, 2009

Apa Nak Jadi Dunia Skang Nie



Ape la nak jadi ngan dunia skang ni...sumenye gara2 laman web sosial yang ade macam2 skang ni..Cam MySpace,Friendster,Hi5,Tagged n yang makin org gile sgt2 skang ni FaceBook..
Ape kejadahnye sume ni??Pada aku sume ni boleh merosakan generasi akan dtg kalau x dikawal dari skrg..Pada aku penggunaan telefon bimbit n internet pada usia muda boleh merosakan minda budak2 skrg sbb dengan menggunakan kemudahan ni segala2 nye tiada batasan untuk org berhubung..lebih ketara skrng ni byk remaja dari peringkat skola rendah pn sudah mengetahui tentang seks atau lebih tepat pergaulan bebas.aku pernah terlihat 1 video lucah yang membabitkan budak 11 dan 12 tahun..sungguh menyedihkan..pernahkah kite t'fikir ape akan jadi bila kite berikan sume kemudahan tu pada anak2 kite pada masa akan datang??Ingat lagi X berita mengenai KASANOVA di MYSPACE??terjadi di Malaysia..sungguh menyedihkan..semalam pulak diluar negara terjadi kejadian yg lagi DASYAT..seorang lelaki hamilkan 1oGadis..kt mane lelaki jahanam tu dapatkan sume gadis2 tu kalau bukan kat laman web sosial yang makin popular skang FACEBOOK..sume benda2 yang selalu bermain kat fikiran aku akhirnye btol2 terjadi..ape pn aku da nekad dari skang sume bnda2 yang aku sebut tadi akan aku HARAMKAN tuk2 anak2 aku bile aku da kawin nnt..tu janji aku pada diri aku sendiri..pada mak bapak tu sentiasa la berwaspada dengan tingkah anak2 anda terutamanya anak perempuan.
Salam

Thursday, November 5, 2009

adsence punye pasal..

salam semua..
monink....
cam biasela kan,ni la time biase aku post something kat blog...
mesti sume pelikkan nape aku da lame xmerepek kat blog ni..hmm..
klu korang nk tau,ni sume adsence punye pasal ar..huhuhu..jgn marah er en.edsence..
mane taknye,klu nak aply adsence kat post msti nk b.i,tu yg wat aku pening...hahaha..
b'minggu gak ni aku try aply,tp aprove2 pn..xde rezki lgi kot..huhuhu...
sbb tu gak la ape yg aku nk cite sume t'gendala kat blog ni...huhuhu...
k la,aku rase ni jela cetusan ati aku tuk kali ni..chewah..bermadah plak aku..hahaha..
esok2 aku post lg ea..
tgu k..
chow.....